Langkau ke kandungan utama

cara menegur isteri

Entri ini kutujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat amal insyaAllah.
Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat?
Kalau isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…?
Apakah yang anda akan lakukan?
Sebenarnya saya pernah didatangi oleh seorang isteri yang menangis tersedu-sedu menceritakan perihal dia ditampar dan dimarahi oleh suaminya. Sedangkan kesilapan yang dilakukannya adalah sangat kecil.
Saya tak mahu cerita tentang kisah benar yang berlaku tersebut. Sebaliknya saya ingin mengajak para suami untuk kita sama2 muhasabah diri, adakah cara kita menegur isteri kita telah dibuat dengan adab dan etika yang betul? Adakah cara kita menasihati isteri kita selaras seperti yang dianjurkan oleh agama kita?
Tuan2 yang mulia…
Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanlah kita nak sergah2, tengking2 dan herdik2 seorang insan yang kita sayang? Takkanlah kita sangggup menampar isteri kita? Bukankah isteri juga punya hati, perasaan dan emosi…sama seperti kita? Cuba kita ni ditengking oleh boss dan dikutuk…apa perasaan kita? Apa yang kita rasa, macam itu jugalah isteri kita rasa kalau dia ditengking dan dikatakan macam2.
Yaaa memang benar, kita WAJIB membetulkan isteri kita apabila dia melakukan kesilapan. Memang kita bertanggungjawab untuk membimbing dia. Memang kita perlu nasihat dia kalau dia tersasar dan melanggar syariat.
Yaa saya tidak sekali2 ingin mempersoalkan tanggungjawab yang suami perlu tunaikan itu.
Apa yang saya cuba bangkitkan ialah tentang CARA, ADAB dan ETIKA MENEGUR ISTERI itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul?
Kalau belum, maka dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan dan semua tentang adab, cara dan etika menegur isteri.
  • 1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus.
2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.
Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.
  • 3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN. Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la…
4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.
  • 5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI. Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri.
6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.
Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang mana satu patut dibiarkan saja.
Akhir kata, saya akui bahawa ada kalanya kita kena tegur isteri dengan teguran yang tegas. Namun adalah lebih baik jika kita dapat memaafkannya dan mengalah saja. Tapi ini bukan bererti kita tak perlu tegur. Menegur adalah dibenarkan selagimana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.
Sekian, semoga ada manfaat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SAJAK DARI HATI

ingin kau dengar rintihan hati ini , ingin juga ku mahu kau rasai hati ini , pelukan ciuman kau ingin ku miliki , dengarlah wahai insan yang di sana , yang telah mengangut hati ini , pun itu tidak pernah kau sesali , aku menyintaimu aku menyayangimu , ingin ku belai kasih dan sayang itu ,

bagai memetik bintang yang jauh nun disana , tak pernah jugak aku memandang luaran mu , kau yang mendambarkan rasa ini , luruh aku , sakit aku , perit aku namun aku tetap di belakangmu memberi dan menanti harapan dari mu ,.

pandang lah aku dengan mata hati , aku juga ingin rasa kan aku yang bermakna , jauh tidak bermakna lupa . hati ini membakar cinta , memilih senyum tawa untuk kebahagiaan , biarpun langit itu berjalan tanpa hnti , biarpun matahari tanpa cahaya . seiras isi dan kuku . nukilan ini bukan hanya sandiwara , coretan ini juga bukan contengan kosong ,

karya ini hanya luahan hati sang pengembara dunia lautan cinta , biarpun kau hanya jadi bayang bayang hidup , benar aku tidak mampu berdiri …

new update !

tudiaaaaa ! pejalanan yg xdirencana , WAHHH ! sastera plak ..tiba2 semalam aku dapat msj dr kwn aku nk mantion nama ke x?????? ermmmmm , okey nama dia amirul hakim ..HAHAH . dia tnya aku ada mana , msa 2 aku baru ja nk kuar ngn mmbr aku . ermmm , pas2 dia nk ajaq kuaq , aku kata nnty aku blik aku msj! so . aku da blik aku msj dia , dia kata dia mai kol 5.30 , agak kelamaan aku mnunggu ! apa lg layan muzik2 dlulu daa. perhhhh dengar salma nyanyi nek bulu ketiak aku ,,hahaah ,, lpas salma FT (faizal tahir) pnya syok2 aku layan lgu 2 . myrul smpai ! adoii kcau kot ! best doh lg karma by FT . nak2 plak ada sora SITI ! LALALALALa. dengan muka yg bengang+ marah tp menampil kan senyuman . aku pun keluar lah ,, tiba2 dia ajak kuaq "date" dia nk blnja makan .. adoiii bab mkn mmg aku xtolak !HAHAH...plan 1 nk g mkn kt cs ,tiba2 xjd ,kami g mkn kt hotmas ,than smpai jaa hotmas myrul ajk mkn kt secret resepi ..haaha gilaa ! ..hotmas cukup *lpas ja mkn kmi smbng n jam mnunjuk kn tepat pk…

MERAWAT LUKA

tidak semua apa yang kita rancang akan berlaku , tidak semua apa yang kita impikan akan terjadi , semua yang indah itu hanya sementara , waktu terlalu singkat dalam pekenalan kita , setiap kenangan bersama awak akan saya ingat sampai bila2 , awak ingat tak selalu kalau kita keluar mesty ada radio akan pasang lagu harus terpisah , saya ingat itu hanya lagu tetapi itu adalah realitinya , akhirnya kita terpisah , kadang-kadang layang-layang itu tidak akan terbang tinggi jika terlalu tinggi hilang lah dia , andai malam itu pertemuan terakhir kita , saya akan simpan kenangan kita walaupun hanya sementara , ingin ku merawat luka yang terpendam , andai kau tahu isi hati ku saat ini , dan juga andai itu takdirnya aku redha , andai kata suatu hari nanti hati awak terbuka untuk terima saya , awak tahu nombar saya , tempat keja saya , rumah saya , carilah , andai juga umur saya tidak panjang saya harap awak akan bahagia dengan orang yang lebih baik , kaki begerak kehadapan sukar untuk kembali ke…