Entri ini kutujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat amal insyaAllah. Kalau anda marah dan sakit hati dengan sikap isteri anda, apa yang anda buat? Kalau isteri anda buat silap, apa tindakan anda? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…? Apakah yang anda akan lakukan? Sebenarnya saya pernah didatangi oleh seorang isteri yang menangis tersedu-sedu menceritakan perihal dia ditampar dan dimarahi oleh suaminya. Sedangkan kesilapan yang dilakukannya adalah sangat kecil. Saya tak mahu cerita tentang kisah benar yang berlaku tersebut. Sebaliknya saya ingin mengajak para suami untuk kita sama2 muhasabah diri, adakah cara kita menegur isteri kita telah dibuat dengan adab dan etika yang betul? Adakah cara kita menasihati isteri kita selaras seperti yang dianjurkan oleh agama kita? Tuan2 yang mulia… Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanla...